Social Icons

Featured Posts

Friday 10 February 2017

PENGIMARAHAN MASJID BERDASARKAN PROSES-PROSES PENGURUSAN ISLAM

PENGIMARAHAN MASJID BERDASARKAN PROSES-PROSES PENGURUSAN ISLAM 

Zulkefli Bin Aini, Nurul Dalilah binti Yahaya (pensyarah & pembentang) Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. nurul_dalilah@yahoo.com 

ABSTRAK: Masjid yang dikenali sebagai rumah Allah S.W.T merupakan institusi penting bagi umat Islam. Ia seharusnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman. Namun, pada masa kini masjid seolah-olah hanya dilihat sebagai tempat untuk beribadat sahaja. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan tentang konsep pengimarahan masjid dalam konteks proses pengurusan Islam yang melibatkan elemenelemen seperti perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Kajian ini merupakan satu kajian perpustakaan, metod ini menggunakan kaedah menganalisis terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati pengimarahan institusi masjid akan berkembang dan menjadi utuh apabila melaksanakannya berlandaskan proses pengurusan Islam yang sebenar. Kajian ini mengusulkan penambahbaikan dari aspek pengurusan masjid berdasarkan pengurusan Islam yang mengandungi empat elemen diatas supaya masjid makin didekati oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

PENGENALAN 

   Sejarah membuktikan bahawa masjid merupakan satu institusi yang amat penting kepada perkembangan ajaran Islam. Sesuai dengan gelaran sebagai rumah Allah, masjid merupakan tempat yang suci dan mulia serta menjadi lambang wujudnya perhubungan antara manusia dan Allah SWT. Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat menunaikan solat tetapi turut menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat kemajuan ekonomi, pusat pertemuan komuniti, pusat penyebaran maklumat, tempat kegiatan sosial seterusnya sebagai tempat penyatuan ummah. Di Malaysia, setiap kawasan petempatan atau perumahan yang diduduki oleh komuniti Islam akan di bina sebuah masjid bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan itu samaada di bandar atau luar bandar. Namun begitu, fungsi masjid semakin mengecil dan tertumpu untuk menunaikan solat sahaja. Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun menyebut bahawa pengurusan masjid yang cemerlang pada zaman awal kebangkitan Islam dapat melahirkan ramai tokoh ulama yang bertebaran di seluruh dunia Islam. Sebaliknya kelemahan dan kejatuhan umat Islam kini adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan dalam pengurusan institusi masjid. Institusi masjid tidak berfungsi secara menyeluruh dan berkesan bagi menarik masyarakat mencintainya. Ini kerana urus tadbir masjid tidak terurus dengan baik dan kebanyakkan ditadbir secara kaedah yang kurang berkesan. 

   Menurut Nasoha Saabin (2001) kebanyakan masjid di serata negara bukan sahaja tidak dimakmurkan, malah masjid lazimnya berkunci dan kelihatan sunyi sepi. Masjid dikebanyakkan tempat dibuka hanya pada waktu solat sahaja. Manakala, Drs. H. Yani (1999) mengatakan bahawa penglibatan Jemaah dalam aktiviti masjid dilihat masih amat rendah jika di bandingkan dengan jumlah penduduk Muslim di sekitar masjid. Kebiasaanya masjid menjadi tempat tumpuan pada masa-masa tertentu sahaja  seperti maulid, Isra Mi’raj dan kegiatan ibadah tertentu seperti solat sunat Aidilfitri, solat sunat Aidiladha dan pada malam-malam awal solat teraweh. Sementara kegiatan yang bersifat rutin hanya diikuti oleh sebilangan kecil Jemaah sahaja. Azhar Muhammad, Mohd Ismail Mustari & Bushrah Basiron (2013) peredaran masa turut memberikan kesan kepada peranan dan pengurusan masjid pada hari ini. Institusi masjid juga turun mengalami perubahan bukan sahaja dari aspek struktur binaan, bahkan peranan dan pengurusan dilihat turun menerima kesannya. Rata-rata jika di perhatikan struktur binaan masjid hari ini boleh dikatakan gah, bersaiz besar, menarik dan indah; tetapi peranannya menjadi semakin terhad jika di bandingkan dengan peranan institusi masjid peringkat awal. 

   Sementara itu, menurut Wan Mohamad Bin Abdul Aziz (2008) mengatakan bahawa fungsi masjid di Malaysia lebih tetumpu sebagai pusat beribadah dan pusat pengajian fardu ain. Sehingga kini didapati banyak seminar dan persidangan telah diadakan bagi membincangkan isu dan kepentingan umat Islam bertujuan untuk memartabatkan institusi masjid, namun kedudukan dan fungsi masjid masih belum sampai ke tahap yang memuaskan iaitu sebagaimana fungsi masjid pada zaman Rasulullah SAW. Rialiti masa kini, kita dapat lihat bahawa masjid dibina dengan perbelanjaan yang tinggi dan masjid dijadikan bangunan untuk dibanggakan kerana dihias dengan cantik. Akan tetapi kita tidak memikirkan bagaimana masjid dapat dibangunkan dan dimakmurkan seolah-olah ia dibina untuk menjadi kebanggan orang Islam dan digunakan pada waktu yang tertentu sahaja. Bahkan sesetengah kawasan masjid terbiar sepi, di tinggalkan kosong dan pasti jauh daripada rahmat Allah SWT. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan konsep pengimarah masjid yang sebenar merujuk pada peranan masjid pada zaman Rasulullah SAW serta membincangkan proses pengurusan Islam yang melibatkan perancangan, pengorganisasian,pengarahan dan pengawalan dalam pengimarahan masjid realiti pada masa kini. 

KONSEP PENGIMARAHAN MASJID 

   Definasi pengimarahan Menurut kamus dewan edisi keempat, imarah; mengimarahkan adalah menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. 

   Ada juga sebahagian yang menggunakan perkataan memakmurkan masjid, menurut kamus dewan edisi keempat memakmurkan adalah dari kata dasar makmur yang beerti mempunyai hasil yang banyak (daerah, negeri, dll) mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya. Apabila perkataan tersebut ditambah awalannya imbuhan me-makmur-kan dan imbuan kan di belakang bermaksud memajukan supaya makmur. Perkataan pengimarahan lebih dikhususkan penggunaannya kepada masjid, berbanding dengan perkataan memakmurkan yang lebih luas penggunaannya. 

   Biarpun perkataan pengimarahan dan memakmurkan kelihatan berbeza, namun ianya mempunyai asas yang sama iaitu untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah bagi memajukan dan memartabatkan sesuatu institusi atau organisasi. Definasi masjid Menurut Sidi Gazalba (1975) Perkataan masjid berasal daripada perkataan sajada yang membawa maksud sujud; maka salah satu makna masjis ialah ‘tempat sujud’. Perkataan masjid dalam bahasa Arab bermaksud tempat beribadah kerana ia berasal dari perkataan sajada, yasjudu, sujudan yang membawa erti tempat sujud atau tempat ibadah. Dalam kamus al-Marbawi (1996) asal perkataan masjid adalah daripada bahasa arab iaitu sajada, yusjadu, sujuda yang membawa erti bersujud, tunduk dan merendahkan diri iaitu dengan meletakkan dahi ke bumi dan dilakukan dengan sengaja. Manakala, menurut Kamus Dewan (2005) masjid bermaksud bangunan khas untuk umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain. 

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. (Surah Al-Jin: 18) 

( Bersambung...)

Friday 3 February 2017

Masjid Surau TD

المساجد في الاسلام


لقد كان العرب في الجاهلية أمة ممزقة لا يربطها رابط ، ولا يلمها شعار . فوضى في الحياة ، واضطراب في الموازين ، وخلل في نظم العيش ، حتى أراد لله لهذه الأمة العزة بعد الذل ، والرفعة بعد الانحدار وذلك حين أكرمها بأعظم رسول وهو محمد صلى الله عليه وسلم ، وحين اختار لها أعظم شريعة ، وهي شريعة الإسلام الخالدة المطهرة من كل نقص وعيب .
وكان المسلمون في بداية أمرهم ضعفاء يخافون أن يتخطفهم الناس . وجلسوا على تلك الحال ثلاث عشرة سنة حتى أذن الله لرسوله الكريم نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعيبالهجرة فهاجر هو وصحابته إلى المدينة التي كانت تسمى ( يثرب ) . فبدأت بذلك مرحلة جديدة من تاريخ الإسلام ؛ بل هي في الحقيقة البداية لدولة الإسلام الفتية . 
نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي
لقد أدرك الرسول القائد ، والمعلم الحاذق : رسولنا محمد نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعيأن أصحابه ومن دخل في دينه يحتاجون إلى تربية وتعليم ، وتوجيه وإرشاد ، وذلك يتطلب مكاناً يجتمعون فيه ، ويتدارسون شرائع الإسلام وأحكامه في رحابه . فكان أول عمل بدأ به _عليه السلام _ أن شرع هو وصحابته الكرام في بناء المسجد كما جاء ذلك عن أنسِ بْنِ مَالِكٍ _ رضي الله عنه _ قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي الْمَدِينَةَ فَنَزَلَ أَعْلَى الْمَدِينَةِ فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ ( بَنُو عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ ) ... وَأَنَّهُ أَمَرَ بِبِنَاءِ الْمَسْجِدِ ، فَأَرْسَلَ إِلَى مَلأ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ، فَقَالَ :" يَا بَنِي النَّجَّارِ ، ثَامِنُونِي بِحَائِطِكُمْ هَذَا " قَالُوا : لا وَاللَّهِ لا نَطْلُبُ ثَمَنَهُ إِلا من اللَّهِ . فَقَالَ أَنَسٌ : فَكَانَ فِيهِ مَا أَقُولُ لَكُمْ : قُبُورُ الْمُشْرِكِينَ وَفِيهِ خَرِبٌ وَفِيهِ نَخْلٌ . فَأَمَرَ النَّبِيُّ نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي بِقُبُورِ الْمُشْرِكِينَ فَنُبِشَتْ، ثُمَّ بِالْخَرِبِ فَسُوِّيَتْ ، وَبِالنَّخْلِ فَقُطِعَ . فَصَفُّوا النَّخْلَ قِبْلَةَ الْمَسْجِدِ ، وَجَعَلُوا عِضَادَتَيْهِ الْحِجَارَةَ ، وَجَعَلُوا يَنْقُلُونَ الصَّخْرَ وَهُمْ يَرْتَجِزُونَ وَالنَّبِيُّ نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي مَعَهُمْ وَهُوَ يَقُولُ:
اللَّهُمَّ لا خَيْرَ إِلا خَيْرُ الآخرهْ *** فَاغْفِرْ لِلأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ 
منذ تلك اللحظة صار المسجد منارة تشع في أرجاء دولة الإسلام الناشئة ، وقبساً يشع في سمائها الوضّاءة : حيث أصبح مكان أداء العبادة من الصلوات والاعتكاف ، كما أصبح ملتقىً للمسلمين ومنتدىً لحواراتهم .وهو المكان الذي يبث من خلاله الرسول الكريم نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي أحاديثه النورانية فيصلح المعوج ، ويهدي الضال ، ويرشد الحائر ، وينفس عن المكروب ، كما أنه كان أيضاً كان بداية الانطلاقة لجيوش الإسلام التي فتحت مشارق الأرض ومغاربها ، في عهده وعهد من جاء بعده من خلفاء المسلمين .
عباد الله :إن المساجد التي هي بيوت الله هي خير بقاع الأرض وأحبها إلى المولى جل وعلا .
لهذا يقول النبي نقره لتكبير أو تصغير الصورة ونقرتين لعرض الصورة في صفحة مستقلة بحجمها الطبيعي " أحب البقاع إلى الله مساجدها ، وأبغضها إليه أسواقها " .رواه مسلم



 
Blogger Templates