Social Icons

Surau As-Syuhada 2 RAMD

SURAU AS-SYUHADA 2 RAMD

KEM SUNGAI ARA, 11909 BAYAN LEPAS PULAU PINANG

SEJARAH


Surau As-Syuhada 2 RAMD wujud sejak serah menyerah Kem Sungai Ara dengan 4 RAMD pada bulan Jan 1992. Mendapat kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang mulai 13 Feb 2004. Semenjak itu surau ini telah melaksanakan solat Jumaat dimana majoriti jemaah adalah dari kalangan anggota tentera dan kakitangan awam yang tinggal di RKAT Kem Sungai Ara melibatkan pasukan-pasukan lain sekitar Pulau Pinang seperti MK 2 Div, 2 RSD, 2 Rej KPTD, MSSPP dan Rej 509 AW.

Pada permulaannya surau ini diperbuat daripada bangunan kayu. Apabila Lt. Kol Mohd Anas bin Hasan menjadi Pegawai Memerintah 2 RAMD pada tahun 2004, beliau telah mengusahakan pembaikan surau lama kepada yang baru. Pada awal tahun 2006, bangunan baru surau ini siap dibina. 

Keluasan surau ini boleh memuatkan seramai 500 orang jemaah. Dengan 42 blok pangsapuri yang mengandungi sebanyak 520 pintu rumah keluarga dan 20 buah berek untuk anggota bujang. Anggaran jumlah keseluruhan anggota dan keluarga yang tinggal di kem ini ialah lebih kurang 2000 orang termasuk anggota yang bukan islam.

Gambar 1 : Surau As-Syuhada 2 RAMD Tahun 2017

AKTIVITI 2017

21 APR 2017 - CERAMAH ISRAK MIKRAJ 2017
Disampaikan Oleh : Ustaz Hanif Azmir bin Hussim, Penceramah Bebas


Gambar 1 : Penceramah memberikan pengertian yang jelas mengenai peristiwa Israk dan Mikraj

Gambar 2 : Hadirin seramai 110 anggota mendengar dengan penuh tumpuan

18 APR 2017 - PENGURUSAN JENAZAH ARWAH ISTERI ANGGOTA 2 RAMD
Disempurnakan Oleh : Tim Pengurusan Jenazah KAGAT Zon Pulau Pinang


Gambar 1 : Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah oleh seluruh anggota

Gambar 2 : Panglima 2 Div turut hadir memberikan ucapan takziah pada anggota dan ahli keluarga

16 APR 2017 - BENGKEL TARANNUM BAKAT 2 RAMD
Dipimpin Oleh : Ustaz Hanif Azmir bin Hassim, Mantan Imam Masjid Negeri Pulau Pinang dan Qari Negeri Pulau Pinang.


Gambar 1 : Antara peserta yang hadir terdiri dari 5 x Anggota dan 15 x Ahli BAKAT Pasukan

Gambar 2 : Pelajaran Asas Tarannum

15 APR 2017 - KHUTBAH HUT KAGAT KE-32 DI SURAU AS-SYUHADA 2 RAMD
Disampaikan Oleh : Mej Mohd Risal bin Othman, PS 2 Agama MK 2 Div


Gambar 1 : Mej Jen Dato' Mohd Ramli bin Jaafar, GOC 2 Div Inf, bersalaman mesra dengan Staf-staf KAGAT Zon Pulau Pinang

Gambar 2 : Ramah mesra antara wakil Staf KAGAT Zon Pulau Pinang bersama panglima.

6 APR 2017 - CERAMAH BULAN-BULAN IBADAT DAN RIBA
Disampaikan Oleh : Panel Syariah Bank Muamalat


Gambar 1 : Penceramah Jemputan Menyampaikan Ceramah

Gambar 2 : Antara 120 Anggota yang hadir

3-7 APR 2017 - KURSUS PIFA TAHAP 1 SIRI 1/2017
Anjuran Oleh : Pejabat Agama 2 RAMD


Gambar 1 : Ketua Penuntut Kursus PIFA Tahap 1 Siri 1/2017 melapor.

Gambar 2 : Penutup Kursus

1-3 APR 2017 - KEM MOTIVASI SEKOLAH MENENGAH SAMA GAGAH
Dipimpin Oleh : 1134214 SSjn Zulfadzli bin Rejab, Penasihat HEI 2 RAMD


Gambar 1 : Peserta menjalani ujian personaliti diri

Gambar 2 : Slot Muhasabah Diri

12 MAC 2017 - MAJLIS BACAAN YASIN BAKAT GABUNGAN 2 DIV
Dipimpin Oleh : Ustazah 2 Rej KPTD


Gambar 1 : Bacaan Yasin

Gambar 2 : Hadirin mengaminkan doa yang dibacakan

10 MAC 2017 - MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PASUKAN TAHUN 2017
Disempurnakan Oleh : Lt Kol Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin, Peg Mem 2 RAMD

Gambar 1 : Peserta memperdengarkan bacaan

Gambar 2 : Hadirin meneliti bacaan tarannum yang diperdengarkan

10 MAC 2017 - SOLAT SUNAT HAJAT DAN DOA KESEJAHTERAAN MALAYSIA (ISU KOREA UTARA) SELEPAS SOLAT JUMAAT
Dipimpin Oleh : 1134185 SSjn Hj Mohd Rahim bin Abu Bakar, 2 Rej KPTD



Gambar 1 : Solat Sunat Hajat turut dihadiri Panglima 2 Div, Mej Jen Dato' Mohd Ramli bin Jaafar dan Pegawai Memerintah/ Pemerintah Zon Pulau Pinang.

Gambar 2 : Jemaah mengaminkan doa khas yang dibacakan.

10 MAC 2017 - BENGKEL CBQ PERINGKAT PASUKAN (Jam 1200-1300)
Disampaikan Oleh : 1157450 Kpl Luqman Hashim bin Mohamad, Penyelia HEI 2 RAMD


Gambar 1 : Peserta bengkel mendengar dan mengikuti bimbingan CBQ

Gambar 2 : Latihan bacaan diperkenalkan kepada anggota-anggota

3 MAC 2017 - TAKLIMAT DAN PENERANGAN AL-AQSA - SEBELUM KHUTBAH JUMAAT
Disampaikan Oleh : Wakil Yayasan Al-Quds/ Kapt Muhammad Faddli bin Kassim, Peg Agama 2 RAMD (Penterjemah)


Gambar 1 : Taklimat dan Penerangan Al-Aqsa oleh wakil Yayasan Al-Quds

Gambar 2 : Para jemaah mengaminkan doa yang dibacakan khusus untuk Al-Aqsa

1-3 MAC 2017 - KURSUS IMAM DAN PENGHAYATAN KEPIMPINAN ISLAM SIRI 1/2017 PERINGKAT 6 BGD
Anjuran : 2 RAMD


Gambar 1 : 27 x Anggota berpangkat SSjn-Kpl sedang mengikuti kelas di surau pasukan


Gambar 2 : Jamuan Makan

25 FEBRUARI 2017 - MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HUT-TD KE 84
Dipimpin Oleh : Mej Mohd Risal bin Othman, PS 2 Agama MK 2 Div


Gambar 1 : Bacaan Yasin dan Tahlil HUT-TD Ke 84

Gambar 2 : Bacaan Yasin dan Tahlil HUT-TD Ke 84


14 FEBRUARI 2017 - BACAAN YASIN DAN TAHLIL MEMPERINGATI PERISTIWA BUKIT CHANDU
Dipimpin Oleh : Peg Agama Pasukan


Gambar 1 : Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Peristiwa Bukit Chandu


7 FEBRUARI 2017 - KULIAH MAGHRIB PERDANA
Disampaikan Oleh : Ustaz Abdullah Khairi (Pengerusi, Pusat Kecemerlangan As Syafie)

Gambar 1 : Kehadiran ahli qaryah Kem Sungai Ara berjumlah 600 orang.
Gambar 2 : Ustaz Abdullah Khairi bergambar bersama
Lt Kol Megat Maz Ardi bin Hj Nohuddin dan pegawai-pegawai pasukan.



 
Blogger Templates