Social Icons

Surau Khalid Al-Walid, Markas 1 Divisyen





KELAS TAHSIN AL-QURAN 
WARGA KAGAT



SARAWAK - Kelas Tahsin Al-Quran Warga KAGAT telah diadakan pada 1 Feb 17 bermula jam 1330 hingga 1500 bertempat di Bilik Kuliah Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang. Kelas tersebut dilaksanakan khusus untuk warga KAGAT sekitar Kem Muara Tuang. 

Kelas berkenaan merupakan suatu inisiatif daripada pemerintahan formasi yang bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran penguasaan Al-Quran dikalangan warga KAGAT bagi memudahkan proses pengajaran kepada anggota Pasukan masing-masing.


Kelas tersebut dibimbing oleh PW 1 Norizan bin Hassan, Penyelia Agama MK PMTTD dan dihadiri oleh seramai 10 orang warga KAGAT.


Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid



KULIAH MAGHRIB



SARAWAK - Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Mej Mohammad Nadzir bin Taib, Pegawai Agama 1 Rej KPTD pada 6 Feb 17 bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang telah dihadiri oleh seramai 43 orang anggota.


Kuliah yang disampaikan adalah berkenaan pembinaan dan pemantapan akidah dalam jiwa insan. Intipati utamanya berkisarkan tentang kepentingan memiliki akidah yang mantap dan kukuh, apatah lagi di peringkat permulaan dakwah Rasulullah SAW, baginda memberikan tumpuan yang jitu terhadap pembinaan kekuatan akidah masyarakat Makkah pada ketika itu, kerana kekuatan akidah adalah merupakan tunjang utama kekuatan kerohanian seseorang insan.


Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid


KULIAH MAGHRIB




SARAWAK - Kuliah Maghrib yang diadakan pada 8 Feb 17 bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang adalah merupakan antara santapan rohani selepas Solat Maghrib yang dilaksanakan di surau ini.

Kuliah yang disampaikan oleh Mej Hj Soeim bin Ahmad, Pegawai Agama 1 Bn Ubat membicarakan tajuk berkaitan hak terhadap jiran. Seramai 18 orang anggota hadir dalam kuliah tersebut.


Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid



MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL MINGGUAN



SARAWAK - Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Mingguan telah diadakan pada 9 Feb 17 selepas Solat Maghrib bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang. 

Majlis tersebut merupakan rutin mingguan surau ini dan dilaksanakan setiap hari Khamis malam Jumaat selepas Solat Maghrib. Penggiliran kehadiran Pasukan untuk majlis pada minggu tersebut ialah Pasukan 1 Rej KPTD dan 3 Komp KPTD.


Majlis tersebut diketuai oleh Mej Md Shahrim bin Abd Hamid, PS 2 Agama MK 1 Div dan dihadiri oleh seramai 45 orang Pegawai dan anggota LLP.


Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid


GOTONG-ROYONG DAN SENGGARAAN SURAU KHALID AL-WALID



SARAWAK - Gotong-royong dan senggaraan Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang telah berlangsung pada 10 Feb 17 bermula jam 0800 hingga 1030 bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang. 

Program tersebut merupakan rutin mingguan surau ini yang diadakan pada setiap pagi hari Jumaat. Senggaraan tersebut adalah melibatkan keseluruhan kawasan dalam dan luar surau.


Ianya melibatkan tenaga kerja seramai 5 orang anggota daripada Kem 1 Divisyen dan 2 orang anggota KAGAT.


Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 
SIRI 1/2017




SARAWAK - Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2017 telah dilaksanakan pada 14 Feb 17 bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang anjuran Sel Agama MK 1 Div.

Kursus tersebut disertai oleh seramai 46 peserta yang terdiri daripada 28 warga tentera dari MK 1 Div, MK 3 Bgd, 4 KAD, 1 RSD, 71 Bn KPD, 71 BOD dan 3 SSD, manakala peserta daripada Pekerja Tadbir Awam Kem 1 Div adalah seramai 18 peserta.

Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk mempertingkatkan kefahaman kepada peserta tentang konsep, adab dan tatacara pelaksanaan pengurusan jenazah serta meningkatkan keyakinan kepada mereka dalam menguruskan jenazah.

Kursus ini dibimbing oleh PW 1 Norizan bin Hassan, Penyelia Agama MK PMTTD.

Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid

KULIAH MAGHRIB



SARAWAK - Kuliah Maghrib pada 14 Feb 17 telah disampaikan oleh Mej Muzani bin Bakar, Pegawai Agama 1 RSD bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang dan dihadiri oleh seramai 6 Pegawai dan 29 anggota LLP. 

Kuliah yang disampaikan adalah berkenaan tanda-tanda kiamat. Tanda kiamat berlaku dengan tanda kecil kemudian disusuli tanda besar. Antara petanda kiamat yang disebutkan ialah kepanasan yang bersangatan merupakan hembusan daripada api neraka jahanam dan penaklukan kota suci umat Islam iaitu Baitulmaqdis daripada genggaman umat Islam.

Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid

KULIAH MAGHRIB



SARAWAK - Kuliah Maghrib pada 15 Feb 17 telah disampaikan oleh Mej Hj Soeim bin Ahmad, Pegawai Agama 1 Bn Ubat bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang dan dihadiri oleh seramai 3 Pegawai dan 11 anggota LLP. 

Kuliah yang disampaikan oleh beliau adalah berkenaan kisah para nabi dan soal jawab agama. Kisah para nabi yang dikongsikan adalah berkisarkan riwayat hidup Nabi Adam AS dan soal jawab agama adalah bertumpu kepada permasalahan fiqh ibadah. 

Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid

SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN
TAHLIL MINGGUAN




SARAWAK - Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Mingguan telah diadakan pada 16 Feb 17 selepas Solat Maghrib bertempat di Surau Khalid Al-Walid, Kem Muara Tuang. 

Majlis tersebut diketuai oleh Sjn Mohd Fitrie bin Hamid daripada Sel Agama MK 1 Div dan dihadiri oleh  seramai 1 Pegawai dan 39 anggota LLP. Penggiliran kehadiran Pasukan untuk majlis tersebut ialah Pasukan 71 BOD.

Disediakan oleh: Sjn Mohd Fitrie bin Hamid

KULIAH MAGHRIB
27 FEBRUARI 2017


KULIAH MAGHRIB
28 FEBRUARI 2017


KULIAH MAGHRIB
01 MAC 2017


SOLAT HAJAT, YASIN DAN TAHLIL
02 MAC 2017


KULIAH MAGHRIB
03 MAC 2017


KULIAH MAGHRIB
07 MAC 2017


SOLAT HAJAT MOHON PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN UNTUK MALAYSIA DAN RAKYAT MALAYSIA DI KOREA UTARA
10 MAC 2017



 
Blogger Templates